Monday, July 12, 2010

Srebrenica

" Novel ini cerita tentang apa?".

" Cerita mengenai pembunuhan di Bosnia". Ujar sahabatku ketika diri ini bertanya tentang novel yang berada ditangannya.The story of Srebrenica. A novel about the war in Bosnia. Begitulah judul buku yang pertama kali kutatap. Buku yang mengandungi sejarah tentang pembunuhan masyarakat Islam di Bosnia.

Ketika masyarakat dunia terarah kepada negara Afrika tempat berlangsungnya kerancakan piala dunia. Mereka berkumpul untuk mengingati peristiwa yang meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa lima belas tahun lampau.  Peristiwa hitam yang cuba disembunyikan kewujudan oleh mereka yang bersalah. Peristiwa pengahapusan etnik atau lebih tepatnya penghapusan agama Islam di Eropah.

Kredit:Here

Srebrenica kota kecil menjadi saksi kedurjanaan tangan-tangan mereka yang hatinya diselubungi kesumat. Kesemua lelaki menjadi buruan untuk disembelih oleh tentera Serbia yang didokongi oleh Jerman. Tujuan mereka supaya tiada lagi zuriat Islam yang akan lahir dibumi Bosnia. Kaum hawa yang tinggal diperkosa sewenang-wenangnya.  Srebrenica adalah tempat selamat untuk mereka. Meredahi hutan dengan berjalan kaki menjadi pilihan untuk menyelamatkan diri. Mereka yang ditangkap dibunuh dan dikuburkan dalam satu kubur besar.

Peristiwa yang lebih besar dari 11 september atau pembunuhan yahudi tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya kerana ia adalah melibatkan masyarakat Islam. Media barat tidak membesarkan isu ini kerana ia tidak berhubung kait dengan mereka. Disini peranan media Islam sangat diperlukan untuk menyebarkan agar isu ini menjadi pengingat kepada kita agar tidak lupa akan kesengsaraan mereka.

Para karyawan mungkin boleh mengambil contoh Isnam Taljic dalam menyampaikan sejarah melalui novel agar ia mudah untuk dihadam dan menarik minat tidak seperti membaca buku sejarah yang agak membosankan.

11 Julai 1995

Al-fatihah...

Gambar klik sini

P/s: Bagaimana nasib kapal Libya yang ingin memecahkan penjara terbesar didunia?. Semoga selamat sampai..

Pei Pan dan Imam Markisa





Kredit:Disini

kredit:Disini

Lewat 2002 aku mula belajar mengunyah novel. Hidangan pertama yang dikunyah ialah Pei Pan dan Imam Markisa. Hidangan yang dibeli oleh sahabatku ini berjaya memikat lidahku. Sajian yang dimasak oleh chef terkenal diadun dengan bahan-bahan segar dan disempurnakan oleh secukup rasa membuatkan aku mula mencari-cari hidangan seterusnya. Walaupun tidak membeli tapi aku sering menghidu aroma ini melalui teman-temanku yang mampu untuk membelinya.

Setelah berkelana di sahara ini, minat ini semakin mendalam. Kali ini bukan lagi meminati hidangan tetapi mula bercita-cita untuk menyediakan masakan untuk dihidang. Hari ini ia masih lagi sebuah impian dan berharap agar suatu masa ia akan menjadi satu realiti bukan lagi mimpi.

Menjelajahi dari satu kamar ke kamar melihat keindahan dan keunikan sentuhan mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ini memberi seribu satu rasa yang tidak dapat diterjemahkan oleh kata. Sesetengah mereka tidak lokek untuk memberi tips dan teknik secara terus dan ada juga menyampaikannya melalui karya mereka.

Dalam suka terselit jua duka melihat segelintir mereka yang berkarya tetapi seolah lupa bahawa mereka seperti guru yang menyelitkan ajaran. Jika betul maka khayalak yang membaca akan mendapat manfaat tetapi jika sebaliknya maka mereka akan menanggung akibatnya. Fikirkan dahulu sebelum melarikan pena untuk mencipta patah kata yang terserlah keindahan bahasa agar kita tidak menyesal dihari kemudian.

Tuesday, July 6, 2010

Rumah Pasir

 Mereka cuba menghalang pelbagai alatan masuk ke bumi Gaza setelah mereka menghancurkannya. Hari demi hari penduduk Gaza berjaya menunjukkan pada kerajaan haram zionis bahawa mereka mampu hidup walau tekanan diterima. Allah tidak akan meninggalkan hambaNya...





Kredit: AlJazeeraEnglish

Monday, June 21, 2010

Gigi Blubang



Dahulu

Satu keluarga dibakar akibat gagal melunasi hutang yang dipinjam dari ceti haram 'along'. Mengikut teman rapat, mangsa dikatakan memerlukan wang untuk menampung hidup setelah semua duit simpanan lesap ditipu agen skim cepat kaya yang disertainya. Mayat mangsa dan keluarga dipercayai diseksa sebelum dibakar berikutan beberapa alatan yang mencurigakan dijumpai.




Sekarang.

Satu keluarga hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu oleh kumpulan ceti haram 'along'. Ketika Mahabbah Club  mengadakan lawatan bulanan, mereka sekeluarga kelihatan seperti ketakutan. Setelah sesi ramah mesra dan soal jawab akhirnya mereka menceritakan perkara sebenar. Mahabbah Club menasihati mereka supaya membuat laporan polis . Mengikut sumber terdekat, mereka meminjam wang  dengan ceti haram itu untuk dijadikan duit taruhan bagi judi bola sepak yang sedang hangat berlansung.






Picture kredit:Google.com