Thursday, August 12, 2010

Ceritera Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Matahari mula beredar gontai menuju ke destinasi seterusnya. Hangat masih terasa walaupun tidak sepijar tadi. Tiga bersaudara mula mengatur langkah menghala  kedestinasi yang mampu untuk mereka raih sesuap rezeki. Hari pertama ramadhan  kian hampir menutup pintunya. Jalan yang dilalui mula lengang mungkin manusia bersedia untuk bertemu dengan kegembiraan. Kegembiraan pertama yang dijanjikan oleh Allah disampaikan makhluk yang paling mulia syaidina Muhammad saw. Semoga kita semua dapat menikmati kedua-dua kegembiraan yang dijanjikan oleh Allah ameen.

Senyuman terukir dibibir mereka, mungkin disana terpancul jenaka menyebabkan bibir menguntum senyum. Dibelakang mereka kelihatan segerombolan manusia berkumpul mengagihkan santapan buat berbuka puasa. Tua,muda, besar dan kecil memenuhi dataran itu.

" Orang yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa akan diberi ganjaran pahala seperti orang yang berpuasa. Bukahkah begitu?".

"Benar . Ganjaran pahala itu tidak dikurangkan walau sedikitpun".

Mereka meneruskan perjalanan ke tempat yang ingin dituju. Hanya beberapa langkah mereka akan sampai. Jeda. Tidak seperti yang tergambar difikiran, kawasan itu kosong seolah-olah benda itu tidak ...wujud.
Mereka berpaling melihat antara satu sama lain. Senyum masih terukir walau hati sudah rawan. Adakah perkara itu benar-benar berlaku. Seingatnya mereka mula memesrai tempat ini pada ramadhan tahun lepas. Sebulan mereka berbuka disitu. Hari ini mereka tersilap membuat perkiraan.Walaupun kerusi dan meja
ada tetapi tersimpan rapi ditempatnya. Tiada juadah berbuka puasa yang dihidangkan.

Tersembul ketawa...

Mereka kembali melangkah. Plan B terpaksa digunakan. Kita perlu bersedia dengan perangcangan yang pelbagai agar tidak buntu apabila ditimpa musibah. Destinasi seterusnya sedikit jauh. Keringat mula memesrai tubuh. Jangan sesekali mengalah.

Jauh kelihatan tempat yang dituju seperti gelap.

"Adakah tempat itu tutup". Guman hati

" Kita masih jauh. Perlu sampai kedestinasi barulah kita mampu mendapatkan jawapannya". Bisik semangat.

Hampa. Pintu tertutup. Gelap gelita.

Plan C digunakan. Fino menjadi sasaran terakhir. Jika gagal jua maka kembali kerumah adalah pilihan yang tepat. Sesak. Kereta memenuhi aspal. Perasaan semakin berdebar. Semakin menghampiri dan akhirnya. Fino juga tutup.


Azan telah berkumandang. Doa puasa dipanjatkan. Dengan lafaz bismillah tea susu hidangan sahur tadi menjadi juadah berbuka puasa. Sebiji kurma disuakan ke mulut.

Alhamdulillah kerana masih mampu menikmati kurniaan Allah. Bayangkanlah ada mereka yang berpuasa siang dan malam kerana tiada apa-apa untuk dijamukan.

Monday, July 26, 2010

Saya Undi

Seribu harapan dengan satu kesempatan,

Melahirkan generasi Al-Quran yang cemerlang.


Bagi peminat setia rancangan ini mesti sudah mengetahui apa yang ingin diperkatakan. Akademi al-Quran sudah menghampiri ke penghujungnya. Setelah beberapa minggu bersiaran  di tv9 dekat dihati, kini semua akan terarah pada 6 ogos 2010 dimana akan berlangsungnya final.

Kesemua yang melangkah ke final semestinya yang terhebat antara yang hebat. Peningkatan penguasaan qiraat dikalangan peserta yang pertama kali mendalami amatlah membanggakan juri dan mereka yang berkecimpung. Rancangan AQ sudah berjaya membuka mata masyarakat yang sebelum ini mungkin kurang mengerti tentang ilmu qiraat. Ilmu tarannum yang jika dahulu hanya diketahui oleh peminat musabaqah kini terhidang. Bacaan dari qari yang baru pulang dari timur tengah iaitu Ust. Tirmizi Ali juga memukau juri dan pendengar. Bacaan ala-ala Arab dipersembahkan dengan begitu baik sekali.

Pada episod terakhir sebelum final merupakan yang terbaik kerana semua peserta berjaya menampilkan yang mutu persembahan yang terbaik. Gimik yang dilakukan oleh Ust. Nazri sebelum diumumkan peserta yang berjaya ke final juga berjaya menjadikan mulut penonton terlopong kerana menyangka adik Muhammad tersingkir.  Nasihat dari Ustz. Asni juga harus dijadikan iktibar oleh peserta dan penonton.

Kalau dah berada diatas gunung, diatas langit jangan lupakan  rumput dibumi


 Finalis Pilihan saya



Saya berharap Ustaz Tirmizi Ali akan menjuarai AQ 4 ini...

وإلى اللقاء ومع السلا مه فى امان الله


p/s: Lawak yang diucapkan oleh kerajaan haram Zionis. Baca disini.

Saturday, July 24, 2010

Klik Disitu

Islam agama fitrah yang dibawa oleh para anbiya'. Agama yang membawa manusia kepada kesejahteraan dunia dan akhirat. Agama yang sangat bertepatan dengan fitrah kejadiaan manusia kerana ia dari Allah yang menciptakan manusia dan fitrah.

Namun disana terdapat manusia yang sombong menolak agama ini. Sentiasa mencari jalan untuk membuka pekung keburukan Islam yang akhirnya keburukan mereka yang terserlah kerana Islam adalah agama yang suci. Mereka melabelkan Islam dengan label yang  jijik dimata. Mereka cuba memprovokasi umat islam. Mereka cuba menimbulkan isu yang pada akal mereka ada kekerungan walhal sebenarnya ia merupakan kelebihan.

Mereka menggunakan segenap kekuatan untuk memburukkan Islam. Baik dari saluran elektronik, media cetak dan sebagainya. Namun disana akan ada umat islam yang akan mempertahankan islam. Disini ingin dikongsikan apa yang mampu untuk membuka mata mereka yang cuba memburukkan islam.


Klik disini..

Hayatilah dan renungilah. Seterusnya sebarkanlah ia... Semoga lepas ini akan muncul ramai lagi karikatur yang mampu untuk menaikkan islam. Setiap manusia harus menggunakan segala kemahiran yang dimiliki untuk menangkis dakyah dari mereka.

Wednesday, July 21, 2010

Begitulah Kehidupan


 Kredit:Here

Siang baru sekejap menghilang. Malam muncul bersama rembulan menyinari alam. Bintang tidak kelihatan mungkin berselindung disebalik awan. Manusia masih seperti semalam beraneka ragam meneruskan kehidupan. Puputan malam masih hangat walaupun sedikit berkurang.

"Pengakutan sudah ditempah?".

"Selesai". Sambil bibir mengutum senyum.

Susuk tubuh itu sekejap membongkok,berdiri,duduk kemudian berjalan dan kembali ke tempat asalnya. Berdekatannya susuk lain  itu sedang termenung mungkin memikirkan apa yang jauh dimata. Tidak lama selepas itu manusia mula berkumpul. Gelak ketawa , keluhan, cakap-cakap kosong dan usikan teradun menghasilkan ukhuwah.

Waktu terus bergerak. Manusia itu sudah mula berpecah tetapi arah tuju masih sama. Setiap mereka ada yang menanggung beban ada yang santai. Mereka Bergabung lagi. Berceloteh,derai tawa dan semakin lama menghilang.


"Kenapa kamu tidak bersama mereka?". Tanya Pa.

"Saja". Menyimpan batu ketakutan yang bertahta di suduh hati.

Sejuk mula mengigit tulang. Panas seolah-olah malu untuk terbang disini. Lautan manusia membanjiri. Berlainan kulit, jantina dan bahasa semua bersatu.  Semua menuju kedestinasi yang berbeza walaupun dalam kapal yang sama. Kami masih lagi disini. Bersabar menahan sengatan sejuk. Bersedia untuk menunggu berita gembira. Lampu tidak selamanya bercahaya. Tiba saat dan waktu kan malap jua. Gembira dan sedih saling berselisih. Bersentuh bahu berlaga pipi.

2000 geneh. 2000 geneh. 2000 geneh. Berkumandang kuat. Terjeda

"Kenapa?kenapa?kenapa". Entah siapa yang bertanya.Saling bertingkah suara.

"Bukan malam ini, waktu dan tarikh bersalahan dengan apa yang tercatat". Ujar seseorang menjawab segala pertanyaan.

"Tadikan sudah dipastikan?kenapa saling bercanggahan?". Ujar Dia melontarkan pertanyaan.


" Semua ini hanya permainan".

"Mungkin".

Masa terus berlalu. Semua sabar menunggu. Apakah kegembiraan akan muncul. Putaran jarum semakin cepat. Beralih dari nombor ke nombor. Akhirnya, terpaksa mengalah jua. Dalam perut bas, cuba untuk mencari hikmah disebalik apa yang berlaku. Akhirnya terpancul.

"Jawab periksa kemudian pulang".

Mungkin itu satu diantara hikmah yang tersurat. Yang tersirat harus digali,digali dan digali. Jika tidak menjumpai jangan pernah membenci kerana satu hari akan muncul jua.

Boikot, boikot dan boikot...

Selepas ini, Mungkin terpaksa melupakan 'dia' hingga terbukti servis pulih sediakala.