Sunday, May 16, 2010

Dedikasi Buat Yang Bernama Guru

Setelah lama membisu, Hari ini kucuba melarikan jemari untuk mencipta lakaran sebagai persembahan buat insan yang bernama guru. Jika difikirkan jasa mereka, tidak mampu kubalas walau dengan segunung harta kerana mereka begitu istimewa.

Mungkin coretan ini dingin kerana tanpa olahan rasa tetapi percayalah ia adalah cetusan nurani bersama lintasan fikiran yang kucuba adunkan agar membentuk acuan yang cantik. Guru jasamu kepadaku begitu berharga kerana engkau mengajariku huruf-huruf ilmu membentuk kalimah amal dan tulisan adab agar lahir satu warkah akhlak yang mampu untukku jadikan panduan dalam pelayaran kehidupan.

Ibubapa merupakan guru pertama yang menunjukkan apa itu kebaikan dan kejahatan. Menanam benih yang baik agar ia tumbuh subur memayungi insan lain. Berbekalkan baja dan siraman yang kau beri maka berputiklah pohon yang diwarnai oleh bunga mekar dan harum.

Guru pula menjaga agar dahan yang tumbuh dibentuk elok supaya mata yang memandang akan terpesona. Dahan yang buruk dan reput akan dibuang untuk menjaga dahan lain agar tidak turut sama menimpa nasib yang sama. Terkadang tangan itu memangkas sedikit keras agar yang buruk itu segera hilang untuk mengekalkan tarikan itu. Disirami dengan air untuk tumbesaran agar kelihatan lebih menarik. Struktur yang ditempa mungkin berbeza tetapi tujuannya satu untuk menjadikan yang terbaik.


Mungkin ada ketika aku melukakan kamu semua, sepuluh jari kususun agar kemaafan dapat kau beri dan halalkan segala apa yang kau ajari serta sepotong doa menjadi dambaan supaya  bisaku  amalkan segala ilmu yang dipelajari..

Picture:From FB.

Selamat Hari guru untuk mereka yang pernah mendidik aku dari kecil hingga dewasa. Jasa kalian amat aku hargai. Semoga ALLah mengampunkan dosaku,ibubapaku serta guruku dan menempatkan kita semua di syurga..ameen.

Monday, May 3, 2010

Semoga Mereka dapat Sampai

Pelabuhan Gaza detik ini sedang giat dibaiki. Pelabuhan itu akan menyambut rombongan yang membawa bantuan untuk penduduk di penjara terbesar dunia gaza. Pelabuhan ini "mati" setelah terkena bedilan israel. Kerja pengalian untuk menambah kedalam 10m dari 3m sebelum ini untuk kapal berlabuh sedang rancak dilakukan. May ini akan membuka lembaran baru dalam usaha membebaskan Gaza dari cengkaman zionis yang tidak berperikemanusian.






Anda boleh membaca berita ini disini.


Antara kapal yang akan memecahkan tembok itu.






Credit picture here.

Friday, April 30, 2010

Sharing Is Caring

Assalamualaikum sahabat2, saya hanya nak kongsikan doa ni yang dikongsikan dengan kami oleh seorang pensyarah dari UMP di dalam satu siri ceramahnya di Kampus UIA, Kuantan.Selamat Beramal dan semoga bermanfaat.

"Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, sesungguhnya Engkau Maha Berilmu, Bijaksana dan Cerdas, kami ini hambaMu yang jahil merayu dan merintih akan sedikit ilmu, kebijaksanaan dan kecerdasanMu agar kami mampu menjadi hamba dan khalifahMu di dunia ini. 
Ya Allah Ya Baari', sesungguhnya Engkau Maha Mengatur jadual hidup hamba2 Mu, kami ini hamba Mu yang tidak mampu mengatur jadual hidup kami sendiri, kami menyerahkan seluruh jiwa raga kami kepada Mu untuk Engkau aturkan dengan agenda dan jadual Mu agar kami mampu menjadi hamba dan khalifahMu.
Ya Allah Ya Ba'its Yang Maha Membakar semangat, hamba Mu ini sangat lemah semangat, bakarkan semangatku ntuk membolehkan aku belajar dengan penuh semangat. 
Ya Allah Ya Qohhar,sesungguhnya Engaku Maha Menundukkan nafsu dan ego hamba2 Mu, kami ini hamba2 Mu sering kali kalah dengan hawa nafsu kami sehingga melakukan banyak kesalahan terhadapMu.Kami merintih kepadaMu agar Engkau menundukkan nafsu dan ego kami agar kami mampu melakukan agendaMu. 
Ya Allah Ya Zohir, Yang Maha menampakkan, nampakkan kepadaku jawapan2 bagi soalan2 peperiksaan ini. Ya Allah Ya Hadi, Yang Maha Memberi Petunjuk, berikanlah petunjuk kepada jawapan2 bagi soalan2 ini.Ya Allah Ya Nuur, Yang Maha memancarkan cahaya, pancarkan cahayaMu ke dalam fikiranku agar aku nampak jawapan2 bagi soalan ini. Ya Allah Ya Baari' Yang Maha mengatur, aturkan jari2 tanganku untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. 
Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, Engkau Maha menyucikan dan menjernihkan, sucikan dan jernihkan jiwaku yang kotor ini. Bersihkan penyakit malas, pentingkan diri, mengikut hawa nafsu, pentingkan dunia yang menghinggapi jiwaku ini agar jiwaku bersih dan mampu untuk taat kepadaMu"
 
 
p/s: Kredit kepada insan yang telah menghantar email ini. Syukran

Thursday, April 29, 2010

Jadilah Awang-Sajak Kuala Berang



Video kredit to nobat80
Lirik kredit to sesekali pensel menari:

Jadilah Awang,
Siang ke ayoh,
Jadilah isap dadoh.
Baliklah Awang tulong ayoh wat khije bbaruh.
Peyingat leboh tebuan janji doh
Mung dia ni dok ketik.
Kubao bbaruh ajok mung kubang,
Kambing ayoh ajok mung khabat bukit,
Ayang lagok ajok mung main galoh panjang.

Baliklah Awang,
Ayoh nok ajor mung semayang berimang,
Dok pasal juge mung bilang bulang bitang.

Awang,
Mung kang laki,
Bakpe dok panda pilih heroing,
Tera dulu makan peta,dok payoh makang ganja.
Tinggallah daun ketung, tera pulok makang ma'jong.

Awang, belajo makang bubur lambok,
Mane tau buleh ganti ubak batuk.
Tinggallah dadoh hei Awang,
Pagi ikut ayoh gi noreh getoh,
Tinggallah syabu ecstacy,
Balik krumoh mok rebuh tongkat Ali.

Awang,
Dulu mung gemuk setuku,
Le ning kuruh ceding, lawo kucing.

Jadilah Awang,
Ayoh ingat lagi jamang budok mung panda cabut ubi,
Ayoh rindu nok tengok mung pikul padi uboh dalam kembong.
Ayoh suke tengok mung dok dangao tarik layuk hambat burung,
Mata kheling anok Klesom.

Jamang mung kecik
Ayoh warning tikuh jangan berambat, takut mung kejut.
Ayoh sms ke katok suruh panggil ujang,
Nok suruhnye mung tido panjang.

Bila mung beso mung jadi hanyut.
Pademu makan bende busuk,
Baik mung makan rumput.
Sedap mate tengok mung gemuk.

Jadilah Awang,
Baliklah ayoh nok suruh mung jadi orang.
Ayoh piak, ayoh debok, bukan benci ke mung.
Mok baloh nge ayoh mmalang,
Mok lari kelek kusang,
Mung tetap mok mmenang.

Kalu tin Milo ayoh tu mahal,
Ayoh nok gada
Nok cari petue dadoh ganja,
Nok suruh mung tinggal.

Awang,
Kita bukang orang kaye.
Ayoh noreh getoh, mok mung jual gambir.
Kalu mung beghenti isap dadoh,
Kulit mung lembut macang kulit ayoh.
Tinggallah dadoh tu Awang.
Baliklah mok nok ajor mung semayang.

hasil ilham:
Brahim - Kuala Berang
Jadilah Awang - Sajak Kuala Berang...