Saturday, July 11, 2009

Minat

Bismillahirrahmanirrahim.Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Selawat dan salam untuk junjungan besar nabi Muhammad saw,ahli keluarga,sahabat serta mereka yang mengikut ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda saw.

Assalamualaikum semua.

Minat adalah salah satu faktor yang dominan untuk berjaya.Bila kita melakukan sesuatu yang diminati ia akan menjadi stimulus untuk kita tidak akan mengenal erti jemu.
Minat menjadikan kita leka dengan apa yang kita lakukan dan semua halangan dapat ditempuh dengan jayanya.Masa yang dilalui begitu singkat dirasakan sehinggakan satu jam bagai seminit,sehari bagai sejam dan begitulah seterusnya.Keseronokan melakukan apa yang diminati menjadikan kita tenggelam dalam keasyikan yang orang akan memandang seperti tidak masuk akal dengan apa yang kita lakukan.

Untuk kita berjaya dalam pelajaran kita mestilah ada minat dalam pelajaran.Budaya ponteng terjadi antaranya adalah disebabkan oleh minat yang kurang. Pekerja yang cemerlang lahir dari minat yang tinggi dan matlamat yang ingin dicapai.
Seorang penghafal al-Quran yang meminati al-Quran akan sentiasa bersama dengan al-Quran tanpa mengenal erti bosan dan penat lelah.Imam Syafie dapat mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam sebulan di bulan ramadhan kerana minat al-iman terhadap al-Quran.

Jadi sayugialah kita untuk mencapai sesuatu yang kita lakukan mestilah ditanamkan minat dalam melakukan perkara tersebut.

.Update via my sweet heart n70

3 comments:

Faarihin said...

yer betul la tu.. mesti ada minat untuk berjaya dan terus berhaja.. tap cam mana plak kes minat kat seseorang.. hohoho.. pos lagi entry nya pak ustz.. (^__^)

Nothing Special said...

Kena tanyer orang yang arif.

Redhwan said...

Assalamualaikum

Minat adalah merupakan satu faktor yang begitu penting dalam pelbagai perkara.

Persoalannya bagaimana hendak memupuk minat terhadap perkara yang kurang diminati atau tidak berminat lansung.

Dalam pembelajaran misalnya, ramai para pelajar yang tidak berminat untuk belajar. Maka terjadilah kes-kes ponteng kelas.

Sebenarnya minat boleh dipupuk namun ianya agak sukar apabila berdepan dengan kehendak dan naluri manusia.

Bagaimana cara untuk memupuk minat mungkin boleh dibincangkan dengan lebih teliti lagi.Dan ini memerlukan kepada perbincangan yang panjang.

Mungkin boleh terbitkan satu buku berkenaan dengan minat ini.

P/S:Mung wak lah buku pasal minat ni, dan mungkin aku lah orang pertama yang baca. :)