kredit:google.com
Dua nikmat yang sering dilupakan adalah nikmat sihat dan masa lapang. Sangat mudah untuk menutur tapi amat payah untuk diamalkan. Telinga sudah lali dan otak sudah puas mengingati natijahnya tetap terpatri. Jemari yang menari sudah hilang rentak, langkah diatur sudah hilang tempat berpijak tetapi yang dipungut hasil yang tak menyengat. Bila sakit kita merasai untungnya sihat sambil hati mula bermunajat kerana lalai hingga tersesat. Bila lemas dalam kesibukan baru mencuba untuk menguak tirai kelapangan.
p/s:
1. Semoga Ust Kamarul diberikan kesabaran dalam menempuh ujian dan disembuhkan dari kesakitan agar mampu untuk terus berjuang..
2. Semoga teman-teman yang dalam exam terus berjuang tanpa jemu hingga akhirnya menuai kejayaan..ameen
1 comment:
salam ustaz..
masih lagi dalam imtihan ke?
semoga maju jaya yer ustaz..
Post a Comment