kredit : disini
Kenangan adalah satu memori yang dicipta pada masa lalu. Ia mungkin berbaur duka atau gembira. Ia kejap terpatri disel otak. Manusia kebiasaan akan berusaha untuk memadam apa jua kenangan hitam yang tercatit di minda. Kenangan yang pahit tidak sepatutnya dipadam semua kerana disana ada hikmah dari keperitan agar mensyukuri nikmat keselesaan.
Peristiwa hari ini akan menjadi kenangan bagi hari esok. Ukirlah ia dengan lukisan yang terindah agar tercipta senyuman yang termanis di masa kelak. Jika derita datang bertandang jua maka anggaplah ia seperti masakan adunan manis dan masin untuk menghasilkan resepi yang terlazat.
No comments:
Post a Comment