Thursday, November 18, 2010

...........

Titis-titis air semakin laju menghentam bumi. Berkumpul membentuk takungan-takungan kecil di tanah. Menjirus pohon-pohon , menghalau debu-debu yang tumpang bertamu. Angin mula bertiup menghambat titisan itu keseluruh jihat. Tanah yang mati kini diberikan roh yang baru. Hidup dan segar untuk memberi bakti kepada isi dunia.

Kambing mula bertempiaran mencari teduhan. Air yang jatuh umpama api yang mampu memberi sengsara. Ikan mula menyanyi,menari sambil bercanda tanda keriangan mula menjengah. Alur-alur mula menganas mengalir laju dan padu menghentam segala rintangan yang mendatang. Disebalik rimbunan seduduk terhijab sepasang puyuh menggoda hangat.

Lembu masih asyik meragut menyentak rumput-rumput buat memenuhi tuntutan nafsu. Puluhan mata mula melihat ghairah mengitari seluruh batang tubuh binatang itu. Tangan-tangan mula memegang sesuatu yang terbuni terkejap dipinggang. Untaian temali sasa mula diputar , ditari dengan sembahan yang memukau. Sejenang mata berkelip, sekujur tubuh menyembah tanah dengan muka yang mulus dicium lalang.Bergema sembari darah mula membuak keluar diiringi suara terakhir yang menjamah telinga.



كل عام وأنتم إلى الله أقرب... عيد أضحى مبارك






Kredit:Google images.com

1 comment:

Hafizi Tajuddin said...

Syahdunya raya haji tahun ni. tambahan, selepas membaca entri ni. serasa kemeriahan aidiladha di malaysia benar-benar menyala di depan mata dan menyatu dlm jiwa. rindunya malaysia!=)