Tuesday, June 23, 2009

Selamat

Assalamualaikum

Setelah acara merisik dilakukan maka hari Ahad 21 jun 2009 telah dimenterai. Kami dari St Teresa menaiki tremco ketempat yang akan berlangsungnya majlis ini. Rombongan tanta menghantar 12 tremco, mansurah kalau tak silap 3 tremco penuh dengan akhawat, zaqozig 2 tremco kalau tak salah dan shoubra 2 tremco kalau campur dengan kami 3 tremcolah jumlahnya.

Dengan hall yang tidak begitu sibuk dan insfrastruktur yang baru menjadikan suasana lebih meriah. Kami sedikit teruja dengan kemudahan yang baru kerana sebelum ini ala kadar sahaja kemudahannya. Setelah hampir sejam menunggu rombongan dari zaqoziq tiba dengan “pengantin” segak berbaju biru. Sesi fotografi begitu hidup kerana selepas ini kami mungkin tidak akan dapat bersama lagi. Gurau senda dari teman-teman menambahkan lagi kemeriahan.

Setelah senda gurau yang terakhir kami pun melepaskan dengan rela walaupun sedih mengenangkan nostalgia selama bersama. Setelah semua syarat diterima dan bersaksikan kami semua maka bermulalah pelayaran. Pelayaran yang dinanti-nanti oleh “pengantin”. Semoga pelayaran ini membawa rahmat dan sinar obor bagi seluruh Rakyat di tanah air.

p/s: Selamat pulang ke tanah air buat Khairul Aiman. Semoga Kepulangan membawa Cahaya kepada seluruhnya.

Sunday, June 21, 2009

Coretan Buat Ayah

"along mandi dengan sapa tadi?" soal ayahku.

"mandi dengan angah."

Satu jentikan ditelinga diberi sebagai tegahan agar aku tidak melakukannya lagi.


Itu adalah salah satu bentuk pengajaran yang diterima dari seorang yang bernama ayah kepadaku. Pengajaran agar aku bisa menjadi seorang insan yang sebenarnya. Kini gunung ganang dan lautan memisahkan diriku dengan ayahku tetapi hati ini tetap dekat. Doaku sentiasa kutitp moga ayah sentiasa dalam rahmat Allah, dimurahkan rezeki dan terus berjuang bagi menegakkan Islam ditempat yang teratas.



Selamat hari bapa

Saturday, June 20, 2009

khutbah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah agak lama menyepi saya terpanggil untuk menulis sedikit coretan moga bermanfat untuk pembaca.
Berkongsi sedikit yang saya dapat ambil dari khutbah jumaat yang lalu.
Khatib membacakan hadis yang saya tidak ingat matannya,
tetapi apa yang disebut dalam hadis tersebut adalah menyuruh kepada mereka
yang bergelar ibubapa agar mengajarkan kepada anak-anak mereka tiga perkara.


Tiga pekara tersebut adalah mengajar anak mencintai Rasulullah saw,
mencintai ahlibaiti Rasulullah saw dan yang terakhir membaca al-Quran.

Mencintai Rasulullah saw adalah sangat dituntut dan kemanisan iman akan
dapat dirasai oleh mereka yang mencintai Rasulullah saw.
Rasulullah saw sangat mencintai umatnya sehingga sebelum menghembuskan nafas yang terakhir baginda
masih lagi memikirkan tentang umatnya. Sayugialah bagi kita mengenali Baginda dan mencintai baginda
dengan mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah.

Mencintai ahlibaiti Rasulullah saw adalah perkara yang sangat mulia kerana mereka adalah
orang yang sangat rapat dengan Rasulullah saw dan merupakan keturunan yang mulia.
Sayugialah lagi dizaman yang orang lebih mengenali artis,aktor
kita tanamkan dihati anak yang kecil mencintai,mengikuti akhlak mereka yang memang patut untuk dijadikan teladan
buat pedoman agar tidak hanyut.


Mempelajari al-Quran adalah ilmu yang mulia kerana ia berkait rapat dengan Kalamullah.
merupakan petunjuk kepada kebenaran dan kebatilan moga menatijahkan kehidupan yang baik di negeri akhirat yang kekal abadi.
dizaman ini juga kita melihat ramai yang tidak mampu untuk membaca al-Quran lalu bagaimanakah dengan solat yang didirikan yang memerlukan bacaan al-fatihah. Sudah tentu keraguan berlaku disitu.

Marilah kita mengembeleng tenaga moga apa yang disuruh oleh Rasulullah dapat kita lakukan yang akhirnya menatijahkan individu yang cemerlang, kelurga yang gemilang dan masyarakat yang terbilang.

Friday, June 19, 2009

Nothing



"Ketika kita dilahirkan , kita menangis, dan semua orang tersenyum gembira menyambut kelahiran kita . Berusahalah ! Semoga ketika kita mati kelak , kita tersenyum puas , dan semua orang menangisi pemergian kita . " 
[Hamka]


Kalam yang simple tetapi dalam maknanya....
Tafsir dengan hati baru sampai tujuan makna yang tersirat

Thursday, June 18, 2009

Dulu DAn Sekarang

Mutakhir ini saya sering membaca entry dalam blog ustaz Rashidy Jamil yang banyak memceritakan perihal kampung. Setiap cerita yang dipaparkan membuatkan kenangan sedikit demi sedikit menerjah. Cerita-cerita tentang permainan seperti ton nusup(sembunyi), bedil penar, lawan buoh getah, ziropin, ton duduk ,laga ikan sekila dan banyak lagi permainan yang semakin hilang dibawa arus kemodenan. Kemodenan hari ini menyebabkan anak-anak kecil lebih suka bermain ps2,xbox. Anak kampung sekarang sudah jauh berbeza. 

Hati ini kadang-kadang sedih dengan gelagat anak kampung sekarang. Mereka sekarang lebih suka berlumba motor dari bermain mainan tradisional. Mulut mereka bukan mengunyah buah kemunting tetapi menghisap rokok. Walaupun baru darjah dua ucapan lucah sering bermain di bibir mulut. Bila orang tua menengur mereka akan melawan dan melakukan vandalisma. Ada yang sudah pandai mencuri walaupun masih kecil kerana ingin wang untuk membeli rokok dan sebagainya.

Arus kemodenan yang sepatutnya memberi kebaikan berlaku sebaliknya. Modal insan yang tidak diambil berat menyebabkan berlakunya perkara sebegini. Manusia hari ini terlalu banyak disuap dengan benda-benda yang membuatkan mereka jauh dari Tuhan. Program yang disajikan di tv lebih menjurus kepada hiburan yang keterlaluan sehingga lupa untuk menyajikan program yang berbentuk keagamaan. Proram keagamaan  dipandang sepi. Orang yang bercakap tentang agama akan diperlekehkan,dicaci dan sebagainya.

Jika tiada penyelesaian dibuat maka kita akan melihat tahun yang mendatang masyarakat kita akan menjadi seperti Amerika Syarikat yang sudah hilang sifat kemanusiaan dan agama hanya tinggal sebagai indentiti tanpa pengamalan.   

Wednesday, June 17, 2009

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum...

Selamat hari lahir untuk adikku tersayang arif. Moga Allah taala mengurniakan Rahmat Kepada adikku dan menjadikan Adikku termasuk dalam putera akhirat insyaAllah. 

Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini

Tuesday, June 16, 2009

Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera


" Kotornya...! berapa minggu tak basuh?" ujar Zaid melihat air basuhan pakaian Ali yang kehitaman.

" Baru dua hari tak basuh,biasala kan sini berdebu, itulah air jadi hitam." Ali menerangkan sambil membela diri.

Memang tidak dinafikan debu memang banyak disini apatah lagi dengan musim panas yang mampu membakar kulit menjadi sedikit kehitaman dan membawa bersama debu-debu yang berterbangan dibawa angin. Air basuhan pakaian menjadi sedikit kehitaman akibat percampuran debu dan kekotoran.

Hitamya air itu jika diibaratkan dengan hati memang mendahsyatkan.

Hati Yang Hitam

Jika kita dapat melihat hati mungkin tahap kehitaman hati lebih dari hitamnya air. kehitaman hati yang disebabkan oleh empunya hati yang selalu melakukan dosa dan perkara yang bercanggah dengan yang diingini oleh Khalik.

Andai titik-titik hitam yang melekat di dasar hati dapat dilihat mungkin manusia akan terkejut kerana jijiknya melihat. setiap kali dosa yang dilakukan oleh kita akan mengakibatkan satu titik hitam melekat dihati dan andai kata tidak dibasuh,dicuci dengan kebaikan titik hitam itu akan melekat dan terus sebati menatijahkan hati yang keras yang sukar untuk menerima kebenaran walaupun kebenaran itu sudah terbentang di depan mata.

Mereka yang hati sudah keras akan jauh dari rahmat Allah kerana mereka sering melakukan kemaksiatan. Mereka akan terus hanyut dibawa arus yang akhirnya menenggelamkan mereka. Mereka mati sebelum mati kerana hati yang mati tidak mampu memimpin mereka kejalan kebenaran. Tindak tanduk mereka sia-sia kerana hawa nafsu yang diikuti mereka membawa kepada kebinasaan.

Ubat Hati

Adapun untuk membersihkan hati bukanlah seperti membasuh pakaian. Pembersihan hati mestilah dilakukan dengan memmbuat amalan kebaiakn seperti membaca al-Quran beserta tadabbur maknanya. Membaca al-Quran akan membersihakan kekotoran hati. Solat pada waktu malam yakni Qiamulail adalah antara pembersih yang berkesan bagi merawat hati.

Orang alim yang soleh adalah mereka yang dekat dengan Allah. Mereka selalu melakukan perkara kebaikan. Mnedekati mereka,bergaul dengan mereka boleh menyebabkan hati kita akan terubat kerana rahmat mereka akan terbias dengan kita.

Banyak lagi cara untuk membersihkan hati yang dapat kita amalkan..

Sunday, June 14, 2009

Selesai

Alhamdulillah...

Setelah berhempas pulas selama dua hari mencari templates yang sesuai akhirnya ikatan yang sah telah berlaku. Seperti yang anda lihat sekarang ini, saya telah berkenan dengan templates ini dan saya harap anda semua suka kalaupun ada yang tidak berkenan tidak mengapa kerana ini blog saya.

Dengan kelajuan internet yang terlalu perlahan dan selalu timed out ditambah dengan mata yang bercelaru untuk memilih mana templates yang sesuai kerana semuanya menarik hati membuatkan kerja penyengelaraan bertambah rumit. Pandang mata sering tertipu tetapi pandangan hati adalah yang terbaik. Bila hati tenang maka itu menunjukkan ia pilihan yang baik.

Moga dengan kulit yang baru akan menambahkan lagi seri blog ini.

jom Derma

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada pembaca yang budiman. Saya menyeru kepada sesiapa yang ingin menambah harta akhirat untuk menyalurkan sedikit kelebihan yang ada kepada PMRAM yang sedang berkira-kira untuk membeli satu bangunan untuk kegunaan pejabat dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut anda boleh melawat di blog dana

"hulurkan sumbangan tunaikan kewajipan"

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (2:261)

Saturday, June 13, 2009

Kembali

Assalamualaikum semua

Setelah lama menyepi dengan niat untuk berhenti berblog, tetapi rupa-rupanya satu kekuatan muncul untuk terus melangkah di alam maya ini. 13 jun 2009 saya kembali untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ini memansuhkan coretan saya 7 may 2009 untuk berhenti berblog.

komen,teguran dan nasihat yang diberi menyebabkan hati ini berbelah bagi antara terus melayan hati yang lara atau menyahkan lara yang sedikit itu. Semangat yang pudar kini telah kembali membakar melangkah dengan penuh mantap, gerakan yang kelihatan kemas tanpa ketempangan tetapi berhati-hati agar tidak tersungkur menyembah bumi lagi.

Moga kali ini lebih memberi manfaat