Thursday, June 18, 2009

Dulu DAn Sekarang

Mutakhir ini saya sering membaca entry dalam blog ustaz Rashidy Jamil yang banyak memceritakan perihal kampung. Setiap cerita yang dipaparkan membuatkan kenangan sedikit demi sedikit menerjah. Cerita-cerita tentang permainan seperti ton nusup(sembunyi), bedil penar, lawan buoh getah, ziropin, ton duduk ,laga ikan sekila dan banyak lagi permainan yang semakin hilang dibawa arus kemodenan. Kemodenan hari ini menyebabkan anak-anak kecil lebih suka bermain ps2,xbox. Anak kampung sekarang sudah jauh berbeza. 

Hati ini kadang-kadang sedih dengan gelagat anak kampung sekarang. Mereka sekarang lebih suka berlumba motor dari bermain mainan tradisional. Mulut mereka bukan mengunyah buah kemunting tetapi menghisap rokok. Walaupun baru darjah dua ucapan lucah sering bermain di bibir mulut. Bila orang tua menengur mereka akan melawan dan melakukan vandalisma. Ada yang sudah pandai mencuri walaupun masih kecil kerana ingin wang untuk membeli rokok dan sebagainya.

Arus kemodenan yang sepatutnya memberi kebaikan berlaku sebaliknya. Modal insan yang tidak diambil berat menyebabkan berlakunya perkara sebegini. Manusia hari ini terlalu banyak disuap dengan benda-benda yang membuatkan mereka jauh dari Tuhan. Program yang disajikan di tv lebih menjurus kepada hiburan yang keterlaluan sehingga lupa untuk menyajikan program yang berbentuk keagamaan. Proram keagamaan  dipandang sepi. Orang yang bercakap tentang agama akan diperlekehkan,dicaci dan sebagainya.

Jika tiada penyelesaian dibuat maka kita akan melihat tahun yang mendatang masyarakat kita akan menjadi seperti Amerika Syarikat yang sudah hilang sifat kemanusiaan dan agama hanya tinggal sebagai indentiti tanpa pengamalan.   

No comments: