Thursday, November 29, 2012

Kebekuan adalah terlindung

Adakah itu kata-pemikiran seorang dikatakan pendeta. Dangkal-memualkan. Saat mereka sedang bergelut-menuntut hak mereka. Kita dalam keenakan mengunyah roti dan mentega berkata itu dan yang pasti menyakitkan. Hati yang punya kepercayaan akan tersentak. Kemanusiaan adalah sifat yang membezakan binatang dan juga insan. \

Atas dasar manusiawi ia tidak diterima-ditolak. Apalagi yang cuba diungkap-dikhayalkan. Semuanya kelihatan candu atau mungkin dadah yang akan menjadikan kita tenggelam dalam kenikmatan. Kata bisa memberi kuasa menghancurkan besi waja atau menjadi pedang yang merobek jiwa.

Berfikirlah sejenak. Renungi apa yang dideritai oleh mereka agar kita bisa merasa-bersama kerana kita adalah sama. Kesamaan pegangan atau mungkin kesataraan rasa atas sifat manusia. Adakah itu yang dibawa oleh sang kekasih atau itu kedangkalah kamu yang terkeliru-terbelit dalam mempelajari sebuah hikmah. Pandanglah sebuah salji yang kaku,tiba saatnya akan mencair-berlalu.Kemudian mekarlah bunga-bungaan melakar keindahan; bunga dan juga haiwan. itu semua adalah pelajaran-panduan untuk kita memerhatikan.



Monday, November 19, 2012

Melahirkann Rasa

Pertamanya tahniah buat adikku Imad yang telah berjaya mendapat 5 A dalam upsr. Abangmu berbangga denganmu. Abangmu berharap engkau akan terus-menerus beroleh kejayaan. Timbalah ilmu sebanyaknya; semoga nanti kau menjadi orang yang bermanfaat buat agama dan umat. tidak dilupakan kepada semua yang telah berjaya- samaada mendapat 5 atau kebawah. Ingatlah segala yang kamu perolehi setelah berusaha satu kejayaan dan kebanggaan.


Jangan dilupakan jua pada saudara kita yang telah dizalimi. Teruskan usaha yang termampu agar tidak menjadi bebanan di akhirat. Atas nama ikatan ataupun kemanusiaan, kezaliman akan tetap ditentang. Bersempena dengan tahun baru ini,marilah kita berhijrah kepada yang lebih baik dan berusaha menjadi hamba sebenar hamba..



Saturday, November 17, 2012

Mintalah Kefahaman

Dihadapanku dan sahabat ,seorang manusia hebat sedang menceritakan pengalaman - terkandung didalamnya pengajaran. Aku hanya membatu dan entah kenapa ia begitu menyentuh hatiku.

" saya setelah letih mengulangkaji pelajaran, saya akan solat hajat 12 rakaat memohon diberikan kefahaman". Ia begitu menusuk.

" awak sepatutnya begitu, buat solat hajat, minta dengan Allah diberikan kefahaman. Dua rakaat sudah memadai,akan tetapi jika dua belas rakaat lebih mujarab dan kesannya lebih terselah".

seperti dihentak sesuatu yang keras, aku terkedu dan terasa begitu sombong aku pada Allah. banyak mengeluh daripada merintih dan seingat aku tidak pernah aku solat hajat khusus untuk meminta kefahaman. Akhirnya Allah masih cintakan hambaNya, didatangkan seorang yang tinggi ilmunya apalagi nasihatnya begitu berharga.

Terima kasih Ya Allah kerana memberiku peluang untuk menghirup ilmu-ilmuMu melalui lidah insan yang begitu aku kagumi. Walaupun sebentar aku menjadi penuntut ilmu dan sekejap dia menjadi guru,kesannya insyaAllah akan berkekalan hingga ke akhir usia..

Terima Kasih Prof Idris kerana mengajarkanku erti hamba dan cara bagaimana seharusnya seorang penuntut meminta pada Tuannya.  Semoga prof berbahagia disana menikmati kebahagiaan sebelum tibanya kebahagiaan hakiki di Syurga. Mungkin disana terlihat olehmu akan ganjaran sebagai pemberi ilmu yang bermanfaat. Doakan anak didikmu agar menjadi insan yang bermanfaat buat agama dan juga umat..

Alfatihah......

Thursday, November 15, 2012

Salam Hijrah

Salam Hijrah...

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk terus mengharungi kehidupan. Harapan agar terus thabit dalam Islam dan Iman. Disaat kita di Malaysia sedang berhujah tentang adakah bidaah atau tidak menyambut maal hijrah,nun disana bumi kiblat pertama umat islam ditujahi peluru-peluru dan akhirnya mengalir darah-darah yang insyaAllah balasan untuk mereka adalah Syurga.

Bermula kematian orang tertinggi Bridged al-Qassam. Dihidangkan pula dengan foto kanak-kanak yang pada pandangan manusia yang punyai naluri kasih dan sayang, ianya adalah kebinatangan - sememangnya zionis adalah binatang.

Berhentilah bertelagah pada isu yang tidak perlu. Disana wujud pendapat berserta dengan hujah ; kedua-dua ada sandaran. Maka mengapa perlu diperbesarkan. pilihlah yang terbaik buat kamu berdasarkan ilmu dan perteguhkanlah ikatan ukhuwwah agar terus jitu sembari dada dilapangkan agar permusuhan tidak mampu bertamu..


Doakan saudaramu di bumi yang diberkati,bumi nabi dimikrajkan...
seperti selalu doakan jua aku....

Thursday, November 8, 2012

Menghampiri pagi

Lama tidak menulis,mencoret atau melahirkan rasa. Dunia memerlukan kepada ketekunan atau kesungguhan walaupun aku tidak tekun apalagi bersungguh. Menulis adalah jiwa - yang terbangun lewat mendiami tanah yang dirindu. Apalagi penulisan yang perlu dan wajib pada saat ini masih lagi kabur dan walaupun sedikit perlahan aku masih mengharap - ini harapan banyak pihak  agar ia menjadi realiti.

Doa aku agar hati ditetap Allah dan diberi yang bermanfaat. Kerana yang bermanfaat dapat menjadikan kita gembira pada hari yang belum tentu pengakhiran. Dunia hari ini seolah gila- moral, pemikiran dan segalanya. Apatah lagi agama sudah dinoda dan yang terbaru diterang-terang bukan untuk keputihan tetapi agar ia nampak kehitaman sembari ghairah meniup kebenciaan dan akhirnya mereka dapat makan tanpa perlu kegelisahan. Mungkin hati sudah hitam ditutup oleh kezaliman apalagi pendustaan yang tidak berkesudahan. sedarlah sebelum terlambat.

Hari ini bukan lagi milik kamu, kerana yang tertutup sudah terbuka dan yang dilaung  sudah dibenci dan murka..

p/s:kepada mereka yang terbaca tolong doakan aku....

Tuesday, September 25, 2012

Meniti Puncak


Dari puncak kelihatan gudang melahirkan cendekiawan. Indah dan megah serta menawan. moga terus kukuh berbakti,melahirkan manusia yang berpengetahuan dan kenal akan Tuhan.

Saturday, September 15, 2012

Saturday, September 8, 2012

Akhir Pekan

Ghairah untuk mencipta kelompongan yang akhirnya tersingkap kebobrokan. Mereka seperti buta untuk memerhati bahawa setiap yang ditimbulkan akan ditenggelamkan oleh berat kebenaran.

Sememangnya kebenaran akan tetap ada walaupun seribu tangan mencuba menghitamkan.

Era dunia tanpa sempadan yang cuba dibina dan dicanangkan akhirnya membentuk satu letusan yang tidak pernah berhenti mengalirkan keabsahan. Satu-satu yang ditatang akan cuba dicerna sebelum dihadam. Bagaikan makanan yang kelihatan lazat dipandangan belum tentu berkhasiat ditimbangan kesihatan. Setiap pekikan,lolongan akan disiasat,diamati dan akhirnya dipegang dan terbukti kebanyakkannya adalah pembohongan.

Maka bergembiralah dengan kalam lidah-lidah yang tidak bertulang,kerana akhirnya muka berkerutan menahan pedih tergigit gugusan gigi yang keputihan.

Thursday, September 6, 2012

Patah Hati

Setelah puas melakar dan memindah,kemudian menebas,akhirnya ia keluar dan mencuit hatiku. Adakah aku terpaksa senyum atau terpaksa menangis.Kadang-kadang orang terlalu kuat ketawa juga menitiskan airmata.

Dalam ruang dan peluang masih belum terlambat mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin- kata kawanku minta maaf tidak perlu masa.

Bagi yang sebelum ini membuka blog ini dan kecewa kerana dibawa ke 'neraka'. maka tersenyumlah kerana ia sudah sihat seperti sediakala

Thursday, July 26, 2012

Ramadan Kareem

Bismillah..Alhamdulillah

Assalamualaikum...Salam Ramadan...Ramadan Kareem..


semoga ramadan ini menjanjikan ketaqwaan buat kita










jangan lupa doakan saudaramu....

Thursday, July 12, 2012

Sharing is caring...


Maksudnya : Sebahagian manusia tidur supaya dapat bermimpikan kejayaan dan sebahagian mereka pula bangun awal supaya dapat menjadikannya sebagai kenyataan.




Kegagalan itu dua jenis: Jenis berfikir tanpa beramal, dan jenis beramal tanpa berfikir.




Di antara doa Rasulullah saw di waktu pagi: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yg bermanfaat, amalan yg diterima, dan rezeki yg baik". Riwayat Imam Ahmad.




P/S: kredit to penterjemah..siapa-siapa yang membaca atau terbaca mohon doa kepada penterjemah dan kepada ambe jugak.

Monday, June 11, 2012

Cubalah untuk memahami

Kata-kata yg melukakan hati seperti ketukanmu ke atas paku pada papan kayu, dan minta maafmu seperti kamu mencabut paku itu daripada papan kayu itu, tetapi adakah akan hilang kesan lubang yg telah dilakukan oleh pakumu itu?..


Kredit to penterjemah.

Friday, May 11, 2012

Thursday, April 12, 2012

Mereka dan Labu-labinya

Mereka berkata seperti mereka punya kelapangan. Punya kerendahan. Tetapi bila diperhatikan seperti mereka kepura-puraan. Tutur yang diluahkan seperti meludah, tetapi penuh kesopanan.Mungkin mereka lupa air ludahan baunya tetap sama.

Mereka mungkin kelihatan seperti menghulurkan lampu buat penerang dijalanan,dalam masa yang sama mereka cuba membakar agar kita tidak dapat berjalan dijalanan itu. Mereka berkata ini luapan emosi,sedangkan disaat itu jua mereka telah dilambung emosi dan akhirnya kelemasan. Lendir-lendir lama yang tertahan akhirnya muntah jua dan baunya lebih busuk. Kejijikannya lebih dahsyat.

Mereka laungkan ini kalimah untuk kedamaian. Kita terasa tenang dan damai. Apabila kita berpaling  untuk melangkah merekalah yang membunuh kedamaian atas nama kedamaian. Hakikat akan tersingkap jua. Semoga Allah memberi kita hidayah dan akhirnya kita mampu tersenyum dengan hakikat senyumam. Bukan dengan kepura-puraan.

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Buat perindu dan pencinta

Untaian mutiara dari ulama yang dikagumi. Al Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al Jufri, yang telah diterjemahkan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.




from:here

Thursday, March 29, 2012

Iktibar segelas susu









Kisah Seorang Pemuda, Seorang Sheikh dan Segelas Susu.

Seorang pemuda datang kepada seorang sheikh dan bertanya kepada sheikh itu: Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar. Apakah yg patut aku lakukan?

Kemudian sheikh itu memberikan kepada pemuda itu segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.

Dan sheikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan sheikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.

Dan apabila sheikh itu bertanya kepada pemuda itu: Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?

Pemuda itu menjawab: Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Kemudian sheikh itu berkata: Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT".



From:Facebook

Wednesday, February 29, 2012

★ The Power of BismiLLAH...







Makanan yang halal & toyyib sekalipun boleh hilang/sedikit barakahnya jika makan tanpa dimulakan dengan>>> 'BismiLLAH'. 

★ Satu kisah...

Abu Ayyub Al-Ansori menceritakan bahawa suatu hari beliau & para sahabat dihidangkan Rasul صلى الله عليه وسلم makanan.

Beliau berkata: "Aku tidak pernah melihat makanan yang sangat² besar/banyak barakahnya lebih dari makanan itu (yang dihidangkan Rasul صلى الله عليه وسلم) di permulaan kami makan. Namun berlaku sebaliknya pada saat terakhir kami menghabiskan makanan.

Ditanya kenapa berlaku demikian? {Dalam satu tempat & masa -awal & akhir- berlaku 2 situasi yang berbeza -banyak barakah dengan sedikit barakah- padahal masih pada makanan yang sama}.

Jawab Rasul صلى الله عليه وسلم: "Di awal makan kita telah menyebut Bismillah, tapi kemudian ada yang datang makan bersama kita dan dia tidak menyebut BismiLlah maka syaitan pun makan bersamanya."

*Olahan dari Kitab Syamail Muhammadiyyah صلى الله عليه وسلم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم









Kredit: Fattabiouni Malaysia

Friday, February 3, 2012

Tanda Kasih



❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata: Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik, aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.

♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya: Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.

❀ Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.

♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?

❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.

♥ Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda: Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.

(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 





Copy :from :Fattabiouni

Monday, January 30, 2012

Kisah yang agung



Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”



COpy From.Fattabiouni Malaysia..

Saturday, January 7, 2012

Fahamilah...




Maksudnya:

Mereka berkata : Malang bagi manusia yang tidak memahami bahasa Inggeris. Mereka sukar


 untuk memahami kata-kata manusia.


Aku berkata : Malang bagi manusia yang tidak memahami bahasa Arab. Mereka sukar untuk 



memahami kata-kata Tuhan manusia.


Terjemah:Abdullah Haris