Saturday, November 17, 2012

Mintalah Kefahaman

Dihadapanku dan sahabat ,seorang manusia hebat sedang menceritakan pengalaman - terkandung didalamnya pengajaran. Aku hanya membatu dan entah kenapa ia begitu menyentuh hatiku.

" saya setelah letih mengulangkaji pelajaran, saya akan solat hajat 12 rakaat memohon diberikan kefahaman". Ia begitu menusuk.

" awak sepatutnya begitu, buat solat hajat, minta dengan Allah diberikan kefahaman. Dua rakaat sudah memadai,akan tetapi jika dua belas rakaat lebih mujarab dan kesannya lebih terselah".

seperti dihentak sesuatu yang keras, aku terkedu dan terasa begitu sombong aku pada Allah. banyak mengeluh daripada merintih dan seingat aku tidak pernah aku solat hajat khusus untuk meminta kefahaman. Akhirnya Allah masih cintakan hambaNya, didatangkan seorang yang tinggi ilmunya apalagi nasihatnya begitu berharga.

Terima kasih Ya Allah kerana memberiku peluang untuk menghirup ilmu-ilmuMu melalui lidah insan yang begitu aku kagumi. Walaupun sebentar aku menjadi penuntut ilmu dan sekejap dia menjadi guru,kesannya insyaAllah akan berkekalan hingga ke akhir usia..

Terima Kasih Prof Idris kerana mengajarkanku erti hamba dan cara bagaimana seharusnya seorang penuntut meminta pada Tuannya.  Semoga prof berbahagia disana menikmati kebahagiaan sebelum tibanya kebahagiaan hakiki di Syurga. Mungkin disana terlihat olehmu akan ganjaran sebagai pemberi ilmu yang bermanfaat. Doakan anak didikmu agar menjadi insan yang bermanfaat buat agama dan juga umat..

Alfatihah......

No comments: