Thursday, November 29, 2012

Kebekuan adalah terlindung

Adakah itu kata-pemikiran seorang dikatakan pendeta. Dangkal-memualkan. Saat mereka sedang bergelut-menuntut hak mereka. Kita dalam keenakan mengunyah roti dan mentega berkata itu dan yang pasti menyakitkan. Hati yang punya kepercayaan akan tersentak. Kemanusiaan adalah sifat yang membezakan binatang dan juga insan. \

Atas dasar manusiawi ia tidak diterima-ditolak. Apalagi yang cuba diungkap-dikhayalkan. Semuanya kelihatan candu atau mungkin dadah yang akan menjadikan kita tenggelam dalam kenikmatan. Kata bisa memberi kuasa menghancurkan besi waja atau menjadi pedang yang merobek jiwa.

Berfikirlah sejenak. Renungi apa yang dideritai oleh mereka agar kita bisa merasa-bersama kerana kita adalah sama. Kesamaan pegangan atau mungkin kesataraan rasa atas sifat manusia. Adakah itu yang dibawa oleh sang kekasih atau itu kedangkalah kamu yang terkeliru-terbelit dalam mempelajari sebuah hikmah. Pandanglah sebuah salji yang kaku,tiba saatnya akan mencair-berlalu.Kemudian mekarlah bunga-bungaan melakar keindahan; bunga dan juga haiwan. itu semua adalah pelajaran-panduan untuk kita memerhatikan.



Monday, November 19, 2012

Melahirkann Rasa

Pertamanya tahniah buat adikku Imad yang telah berjaya mendapat 5 A dalam upsr. Abangmu berbangga denganmu. Abangmu berharap engkau akan terus-menerus beroleh kejayaan. Timbalah ilmu sebanyaknya; semoga nanti kau menjadi orang yang bermanfaat buat agama dan umat. tidak dilupakan kepada semua yang telah berjaya- samaada mendapat 5 atau kebawah. Ingatlah segala yang kamu perolehi setelah berusaha satu kejayaan dan kebanggaan.


Jangan dilupakan jua pada saudara kita yang telah dizalimi. Teruskan usaha yang termampu agar tidak menjadi bebanan di akhirat. Atas nama ikatan ataupun kemanusiaan, kezaliman akan tetap ditentang. Bersempena dengan tahun baru ini,marilah kita berhijrah kepada yang lebih baik dan berusaha menjadi hamba sebenar hamba..



Saturday, November 17, 2012

Mintalah Kefahaman

Dihadapanku dan sahabat ,seorang manusia hebat sedang menceritakan pengalaman - terkandung didalamnya pengajaran. Aku hanya membatu dan entah kenapa ia begitu menyentuh hatiku.

" saya setelah letih mengulangkaji pelajaran, saya akan solat hajat 12 rakaat memohon diberikan kefahaman". Ia begitu menusuk.

" awak sepatutnya begitu, buat solat hajat, minta dengan Allah diberikan kefahaman. Dua rakaat sudah memadai,akan tetapi jika dua belas rakaat lebih mujarab dan kesannya lebih terselah".

seperti dihentak sesuatu yang keras, aku terkedu dan terasa begitu sombong aku pada Allah. banyak mengeluh daripada merintih dan seingat aku tidak pernah aku solat hajat khusus untuk meminta kefahaman. Akhirnya Allah masih cintakan hambaNya, didatangkan seorang yang tinggi ilmunya apalagi nasihatnya begitu berharga.

Terima kasih Ya Allah kerana memberiku peluang untuk menghirup ilmu-ilmuMu melalui lidah insan yang begitu aku kagumi. Walaupun sebentar aku menjadi penuntut ilmu dan sekejap dia menjadi guru,kesannya insyaAllah akan berkekalan hingga ke akhir usia..

Terima Kasih Prof Idris kerana mengajarkanku erti hamba dan cara bagaimana seharusnya seorang penuntut meminta pada Tuannya.  Semoga prof berbahagia disana menikmati kebahagiaan sebelum tibanya kebahagiaan hakiki di Syurga. Mungkin disana terlihat olehmu akan ganjaran sebagai pemberi ilmu yang bermanfaat. Doakan anak didikmu agar menjadi insan yang bermanfaat buat agama dan juga umat..

Alfatihah......

Thursday, November 15, 2012

Salam Hijrah

Salam Hijrah...

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk terus mengharungi kehidupan. Harapan agar terus thabit dalam Islam dan Iman. Disaat kita di Malaysia sedang berhujah tentang adakah bidaah atau tidak menyambut maal hijrah,nun disana bumi kiblat pertama umat islam ditujahi peluru-peluru dan akhirnya mengalir darah-darah yang insyaAllah balasan untuk mereka adalah Syurga.

Bermula kematian orang tertinggi Bridged al-Qassam. Dihidangkan pula dengan foto kanak-kanak yang pada pandangan manusia yang punyai naluri kasih dan sayang, ianya adalah kebinatangan - sememangnya zionis adalah binatang.

Berhentilah bertelagah pada isu yang tidak perlu. Disana wujud pendapat berserta dengan hujah ; kedua-dua ada sandaran. Maka mengapa perlu diperbesarkan. pilihlah yang terbaik buat kamu berdasarkan ilmu dan perteguhkanlah ikatan ukhuwwah agar terus jitu sembari dada dilapangkan agar permusuhan tidak mampu bertamu..


Doakan saudaramu di bumi yang diberkati,bumi nabi dimikrajkan...
seperti selalu doakan jua aku....

Thursday, November 8, 2012

Menghampiri pagi

Lama tidak menulis,mencoret atau melahirkan rasa. Dunia memerlukan kepada ketekunan atau kesungguhan walaupun aku tidak tekun apalagi bersungguh. Menulis adalah jiwa - yang terbangun lewat mendiami tanah yang dirindu. Apalagi penulisan yang perlu dan wajib pada saat ini masih lagi kabur dan walaupun sedikit perlahan aku masih mengharap - ini harapan banyak pihak  agar ia menjadi realiti.

Doa aku agar hati ditetap Allah dan diberi yang bermanfaat. Kerana yang bermanfaat dapat menjadikan kita gembira pada hari yang belum tentu pengakhiran. Dunia hari ini seolah gila- moral, pemikiran dan segalanya. Apatah lagi agama sudah dinoda dan yang terbaru diterang-terang bukan untuk keputihan tetapi agar ia nampak kehitaman sembari ghairah meniup kebenciaan dan akhirnya mereka dapat makan tanpa perlu kegelisahan. Mungkin hati sudah hitam ditutup oleh kezaliman apalagi pendustaan yang tidak berkesudahan. sedarlah sebelum terlambat.

Hari ini bukan lagi milik kamu, kerana yang tertutup sudah terbuka dan yang dilaung  sudah dibenci dan murka..

p/s:kepada mereka yang terbaca tolong doakan aku....