Tuesday, January 26, 2010

Jangan Lupakan Asal Usulmu 2

Mereka kini bebas bergerak, tidak lagi tersembam ke bumi dan tidak perlu lagi pengawasan kerana mereka sudah pandai. Mereka kini sudah mampu berdiri diatas busut melihat permandangan dari atas busut. Segala yang tidak terlihat sudah dimata. Keindahan kini berada di bola mata mereka. Pokok yang tidak terjangkau sebelum ini kini ditatap. Tiba-tiba mereka merasakan bahawa mereka sudah mampu untuk memahami apa erti sebuah permandangan. Mereka seolah lupa bahawa bukit dan gunung lagi tinggi dari busut.




Kaki mereka sudah mampu untuk berlari. Bercita-cita menjadi pelari pecut. Sedang asyik berlari mereka memandang kasut yang dipakai oleh pelari yang nun dihadapan. Kasut jenama x yang dipakai oleh pelari itu dirasakan tidak bagus untuk larian. Dengan angkuh tanpa pertanyaan mereka mengatakan "kasut x bukan untuk larian tapi untuk santai ! ". Mata mereka terus memandang pada zip saku seluar yang tidak tertutup dan terus mengkritik tanpa memberi peluang orang itu untuk membalas. Mereka seolah lupa untuk menjadi pelari pecut bukan faktor kasut atau zip saku yang tidak tertutup yang menjadi ukuran kelajuan larian tapi teknik yang betul. Larian dengan menggunakan hujung kaki, tangan digerakkan dengan pantas dan sebagainya.





Lagi menambah kesedihan adalah mereka mengherdik orang yang mengajar memakai kasut jenama x walaupun mereka dahulu sebenarnya adalah pemakai jenama x dan belajar dengan pengajar itu. Mereka lupa untuk melihat kepada orang lain yang bercita-cita untuk menjadi pelari pecut tapi tidak mendapat pendedahan yang betul atau mereka yang menjadi pelari pecut tapi hanyut dalam angan tanpa sempat untuk merealisasikan hasrat itu.