Suara itu sayup kedengaran. Gemanya semakin kuat tetapi butir bicara masih kelam.
Lantunan itu semakin jelas menusuk ke telinga. Bersilih ganti memaksa gegendang bekerja lebih kuat.
Lancar bacaannya menghiasi halwa telinga. Semakin meninggi memenuhi segenap ruang rumah ini.
Tiba-tiba bingar itu terjeda. Kucuba mengamati masih adakah pemilik suara itu?...
Ia kembali mengalun mengikut rentak ciptaannya. Sekejap berhenti mungkin mencari rentak atau mengingati bait-bait itu. Suara itu berkumandang lagi mengulang-ulang dari baris pertama, kedua, ketiga dan kembali ke baris pertama sehingga lengkap hingga titik terakhir.
Sedang asyik gema suara mengalun, sergahan lain muncul bertingkah antara keduanya. Semakin nyaring suara itu semakin kuat teriakan yang menyanggah. Ketawa kecil kedengaran, mungkin ada sebutan atau kesilapan menyebut sesuatu mencuit hati mereka.Terjeda seketika, sunyi dan terus menghilang. Hanya deru nafasku yang kedengaran..
Akhirnya aku tersenyum mungkin mereka sudah letih. Biarkan mereka berehat seketika mengambil tenaga kerana mereka esok akan kembali bertarung dimedan yang pencaknya terlalu jitu.
Aku berdoa semoga mereka dapat mengeluarkan jurus yang telah mereka pelajari kerana aku melihat mereka begitu bersungguh-sungguh berlatih memahirkannya.
Kepada semua yang membaca atau terbaca, marilah sama-sama kita doakan mereka dapat menjawab peperiksaan syafawi esok bagi tahun dua dan lusa bagi tahun satu dengan jayanya.
Ya ALLAh Lancarkanlah lidah mereka menjawab soalan, kurniakanlah kejayaan kepada mereka didunia dan akhirat..amenn
4 comments:
mmg menarik la posting kali ni..
bleh buat novel ni!
:D
leh buat novel la sangat...
mujamalah anda tidak diterima..hehe
:-P
ni bukan mujamalah..
ini betul2
hehe
huhu..ok la ust dinie..
terima kasih atas komentar...semoga lepas ini dapat baca blog ust dinie lak..
Post a Comment