Friday, March 27, 2009

DEKORASI

Bila akal gagal menafsir,
lintasan hati menjadi igauan,
membentuk misteri yang tidak berkesudahan.

Bila jemari kaku untuk bertatih,
jangan diharap mampu menari,
mencipta tempang yang kelihatan.

Bila melihat dunia orang lahir rasa iri hati ,
menumbuh dendam yang mendalam,
menatijah hijab yang menghadang.

Bila merenung pada diri,
baru terasa akan kehinaan,
menutur istigfar menyesali kealpaan,
menatijah rasa perhambaan.

Pengalaman dikutip pengorbanan ditagih,
Rohani dilatih kejayaan diperoleh,
Kesusahan dirasa kesenangan didamba,
Melahir manusia yang berhati mulia.

Wednesday, March 11, 2009

Di Tag

Aku ditag. Itulah perkataan pertama yang kulihat di chatbox aku. Aku ditag oleh insan yang bernama Azizi. Inilah kali pertama aku di tag.






Gambar ini diambil di Qaryah Asad dalam perjalanan ke Alexandaria @ Iskandariah. Gambar ini diambil pada tahun 2007. gambar ini diambil menggunakan kamera Ridhuan. Binatang dalam gambar ini Dipanggil burung Unta.

Seterusnya tag ini harus dijawab oleh insan-insan dibawah ini:

Biskutz
Mustaffami
Ikram hakim
Auni
Afiq Saleh
Kamal Ahmad

Instruction:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Tuesday, March 10, 2009

Minta Maaf

Minta maaf kepada semua kerana blog ini mengalami sedikit kesilapan dan banyak widget yang telah hilang. saya mohon berjuta kemaafan atas kesilapan teknikal ini. Tag ustaz Azizi akan dibalas sedikit masa lagi

Blog Tarannum



Mutakhir ini memiliki blog seakan menjadi trend bagi masyarakat. Blog menjadi medan untuk mencoret aktiviti harian, menjadi medan menyampaikan dakwah, tempat untuk berkempen, tempat untuk meluahkan rasa hati dan lain-lain lagi.

Antara mereka menjadikan blog sebagai medium untuk menyampaikan ilmu adalah blog tarannum yang dikendalikan oleh qari terkenal Hj Tarmizi Ali. Bagi peminat tarannum khususnya dan peminat al_quran mungkin akan mendapat ilmu dari blog ini.

Hj Tarmizi Ali merupakan qari yang terkenal di Malaysia khususnya di negeri kelahiran beliau di Terengganu kerana beliau sering menyamapaikan bacaan di serata tempat dan banyak menyertai pertandingan di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Moga anda semua dapat mengambil manfaat dari blog beliau dan menjadi pemangkin kepada syiar Islam.

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Hari ini adalah hari bersejarah kerana pada tarikh ini lahir seorang yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Membawa khabar gembira bagi orang yang mengikuti apa yang dibawa dan peringatan bagi yang menentang. Menerangi alam setelah bertahun dalam kegelapan. Mempunyai sifat yang mulia, pendamai antara aus dan Khazraj. Penyambung risalah yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Amat menyayangi umat sehingga sebelum menghembus nafas yang terakhir masih risau akan umat. Pemberi syafaat pada hari akhirat. Akan memohon ampun apabila dosa umatnya dibentangkan. Sanggup menahan kesakitan akibat perbuatan umatnya.

. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) ( Al-Ahzab:ayat 21)

Nabi Muhammad saw adalah role model yang sehingga kini masih belum ada yang mampu menandingi baik dari segi apapun. Setiap mutiara kata yang terbit adalah wahyu kerana apa yang dituturkan tidak berlandaskan hawa nafsu. Mukjizat yang kekal sehingga berlaku hari pembalasan iaitu kitab Al- quran yang menjadi petunjuk bagi membezakan yang baik dan buruk.

. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. (Al-Baqarah:ayat 185)

Merenung kepada diri sendiri apakah nasib bagi orang yang menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw apalagi ada segelintir yang menyindir dan mengambarkan nabi dengan gambaran yang buruk. Amat malang bagi mereka kerana di akhirat nanti mereka amat membutuhkan syafaat dari nabi tapi di dunia menyindir nabi. Mana mungkin seorang yang mahu sesuatu dari seseorang tetapi mengherdik orang yang dia perlukan sesuatu darinya. moga Allah memberi hidayat kepada mereka.

Sama-sama kita menyingkap sejauh manakah kecintaan kita kepada nabi apakah sekadar di lidah sahaja kita menyebut cinta tetapi kecintaan itu tidak menampakkan kesan bahawa kita mencintai. Apabila kita menyintai seseorang sudah tentu kita akan selalu menyebutnya, mengikut jejak langkahnya dan selalu melakukan apa yang disukai. Sebab semua itu adalah syarat bagi sebuah cinta.

Mari kita mencontohi kecintaan para sahabat terhadap Nabi kerana mereka adalah sebaik-baik generasi yang dilahirkan.

Saturday, March 7, 2009

E-BOOK FREE

kepada sesiapa yang ingin E-Book percuma. e-book yang amat berguna untuk semua. banyak yang akan di terangkan...




sila download disini

Thursday, March 5, 2009

Ku sedang Menunggu

Bulan tiga sudah lima hari ditempuhi. Sejauh manakah perjalanan yang ditempuh bagi memenuhi impian yang kita ingin gapai. Adakah kita masih belum mengorak langkah atau masih ragu-ragu dalam melangkah. Ingatlah kitalah yang akan menetukan sejauh manakah impian itu dapat dipenuhi. Dalam bulan ini juga aku menunggu sesuatu.Bukan
Menunggu bulan jatuh ke riba sepertimana pungguk menunggu bulan(nonsense).

Sebenarnya aku sedang menunggu pengumuman oleh kemeterian pelajaran tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Perasaan curious ini semakin menebal setebalnya salji di gunung everest. Tetapi perasaan nervous lebih mendominasi, apa-apa pun segala yang akan berlaku akan ku terima dengan redha dan pasrah dengan ketentuan qada dan qhada Allah yang maha esa.

Dalam bulan ini juga pasti proses janji-janji manis seperti petani menabur benih padi akan ditabur ekoran awal bulan empat nanti akan berlaku pilihanraya. Janji-janji manis akan dihidang, media massa akan berperanan dan menjadi pisang panas dengan berita sensasi.Tetapi awas kerana kebanyakan akan menjadi basi. Jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab aku akan sentiasa mendoakan moga kemenangan akan diperolehi oleh orang yang selayaknya. Harapanku moga calon yang dipilih nanti akan setiasa menabur bakti dan jangan main lompat-lompat parti. Sudah muak dengan permainan ini.Cubalah jadi seorang wakil yang bertanggungjawab dan selalu berdoa,berusaha supaya dijauhkan dengan cubaan yang akan merendahkan martabat kita seperti amalan rasuah sebab selain dikutuk oleh rakyat ia dikutuk oleh agama…..adios amigos.

Renungan :

Orang yang mencintai akan melihat kepada kebaikan,
Orang yang membenci akan melihat kepada keburukan,
Orang yang punya hati akan melihat keadaan,
Baik dijadikan sempadan,
Buruk dijadikan tauladan.