Sesungguhnya setiap saat yang berlalu akan menjadi minit yang berharga,terus dinantikan,sedar atau tak ia akan terus berlalu berjam-jam lamanya,dan terus berlalu dari sehari ke sehari. Ia tak menunggu membentuk minggu, kerana mungkin lama ia tetap akan jadi bulan-bulan yang tak akan kembali. Lantas usia dari tahun ke tahun meningkat hingga berdekad. Andai dipanjangkan umur belum tentu capai seabad. Itulah masa yang langsung tak dapat dikejar dan dikembalikan.Ia akan terus berjalan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang. Moga hari ini kita akan manfaat dengan masa. Wal asr...sanah helwah ya jamil.May ALLAH bless u always.Dari seluruh family dan salam perjuangan.
Hari yang berlalu tak akan kembali lagi.Hadapi hari muka penuh berhati-hati. Mak sentiasa doakan kejayaan along dunia akhirat.amin..
Quate diatas adalah mesej yang kuterima hari ini menyedarkan aku dari lamunan. Mengingatkan aku akan hakikat bahawa hari ini diriku sudah semakin dewasa , semakin hampir akan kematian dan dekat dengan pembalasan. Ibarat baju yang dahulu baru menjadi buruk akhirnya bercarikan dan hilang tiada nilai. Aku dan baju berbeza kerana aku perlu melakukan tugasan yang diperintah oleh TUANku yakni ALLAH.
Umur yang semakin meningkat memerlukan penuaian amal yang banyak agar tidak merana dalam pemusafiran kerna destinasi yang dituju masih jauh tak kelihatan di ruang mata. Langkah yang diatur harus kemas dan perlu teratur agar tak tersungkur di tunggul dan akar yang berselerakan. Sekali sekala perlu melangkah panjang agar tak terpijak becok air . Menoleh ke belakang juga perlu agar apa yang dilalui bisa mematangkan dan menjadi azimat untuk hari yang mendatang..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Semoga hari yang mendatang bisa ditempuh dengan cemerlang dibantu panah doa yang dilepaskan agar amalan dapat dipertingkatkan kualiti dan kuantiti untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba yang dengan rahmatnya mampu mencapai ganjaran yang diidamkan oleh semua insan beriman apa yang tak pernah dilihat,tak pernah telinga mendengar dan tak pernah terlintas dihati syurga bersama para nabi dan orang soleh...amin..
p/s: Mesej pertama dari adikku dan yang kedua Dari ibuku.i love u All...Terima kasih kerna mengingatiku. Semoga ALLAH mengampuni dosaku, ibubapaku,keluargaku dan semua umat islam. amin..