
Peristiwa semalam menyebabkan hati ini semakin rindu padaMu. Walaupun aku tidak mampu untuk rapat denganMu mungkin aku curang dalam percintaan ini. Aku mendakwa mencintaiMu tetapi namaMu amat sedikit bermain dibibir. Hatiku selalu melupaiMu kerana dipenuhi cinta pada benda. Apa yang disukai olehMu sering ku pandang enteng.

Salam dari kejauhan mampu ku bisikkan dalam nada kesayuan. Semoga semalam menjadi saksi bibit cinta ini makin berputik dan InsyaALLAh akan mekar dan terus memenuhi kalbu ini. Aku mohon pada Allah semoga cintaku pada kekasihku ini akan terus dibajai dan membuahkan pohon yang rendang diwarnai oleh kuntuman bunga yang berseri.

Ya Allah tambahkanlah cintaku padaMU dan pada KekasihMU...
amin.....
2 comments:
Aminn.. moga diriku yang hina ini juga diizikanNYA untuk berpijak di tanah suci itu..
to faarihin:
InsyaALlah akan diberi peluang itu
Post a Comment