Friday, January 29, 2010

Ada Gembira di sebalik Duka

Semalam merayau-rayau ke blog kawan. Membaca pelbagai hidangan yang disaji. Senyum terukir kala membaca kisah yang dinukilkan dan ada yang menyebabkan diri terdiam terkesan dengan cerita ukiran kawan-kawan.

Saya tertarik dengan cerita tentang kematian ikan milik nadhirah . Saya tidak mengenali pemilik laman itu sekadar tahu dia adalah orang terengganu yang ditulis di tepi blog beliau. Dalam kesedihan beliau kehilangan ikan akibat air kering tiba-tiba datang cahaya kegembiraan sebab jam beliau yang hilang akhirnya dijumpai..Saya jadi teringat tentang tulisan yang dilakar oleh ustaz Pahrol juoi dilamannya tentang serasikan tadbir dan takdir.
apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Sungguh indah apa yang ditakdirkan oleh Allah kepada kita. Kadang-kadang kita terasa semacam kejam tetapi Allah yang mencipta kita tahu apa yang baik untuk kita dan DIA tidak akan menzalimi hambaNYa melainkan hambaNYa yang sering menzalimi diri sendiri

No comments: