Wednesday, January 27, 2010

Masyitah Seharum Namamu

Pada malam israk dan mikraj nabi Muhammad saw.Baginda saw telah melalui sinai dan baginda saw  terbau bauan yang harum. Baginda saw bertanya kepada jibril as "bauan apakah ini"? Jibril as menjawab "ini adalah bauan masyitah tukang sikat rambut anak firaun laknatullah". Pada suatu hari sikat untuk menyisir rambut anak firaun terjatuh, Masyitah pun mengambil sikat itu dengan menyebut Bismillah. Anak firaun yang terdengar terus bertanya: "Adakah tuhan lain selain ayahku"? Masyitah menjawab: "Ya. tuhanku dan tuhanmu Allah".


gambar :http://bahasajepun.com/flash/images/kushi.jpg


Anak firaun pun mengadu kepada firaun tentang perkara itu dengan mengatakan bahawa tukang sikat rambut telah mengkafirkanmu ayahku. Lantas firaun pun terus memanggil Masyitah dan bertanya apakah betul tentang apa yang didakwa oleh anaknya. Masyitah bertanya "apa yang diucapkan oleh anakmu?". firaun pun berkata "anakku memberitahu engkau mengatakan ada tuhan selainku adakah itu benar?". Masyitah menjawab "Ya Dialah Allah". Firaun menjadi berang dan bertanya sekali lagi "siapa tuhanmu?". Allah jawab masyitah. Firaun pun berkata aku akan membunuhmu dan anakmu. Katakanlah bahawa aku tuhan yang maha tinggi!perintah firaun. Masyitah lalu menjawab Allah adalah tuhan yang maha tinggi. Para tentera diperintahkan untuk membawa ketiga-tiga  anak masyitah dan disediakan kawah yang dicampur minyak yang mendidih kepanasan. Firaun pun berkata jika kamu tidak mengatakan aku tuhanmu, aku akan lemparkanmu dan anakmu kedalam kawah itu.





Masyitah pun berkata tuhanku dan tuhanmu adalah Allah. Anak pertama masyitah dihumban kedalam kawah itu dan hancur luluh tulang anaknya dimakan api disaksikan matanya. Firaun pun bertanya" Siapa tuhanmu ?   Masyitah pun menjawab Tuhanku adalah Allah. Anak keduapun dicampakkan kedalam kawah itu dan hancur dalam sekelip mata. firaunpun bertanya lagi" siapa tuhanmu? Masyitah menjawab tuhanku adalah Allah tanpa berganjak pendirian dan bertambah keimanannya. Anak yang ketiga berada dalam pelukan masyitah diambil dan ditanya oleh firaun siapa tuhanmu, Masyitah menjawab tuhanku adalah Allah. Ketika ingin dilemparkan anaknya yang ketiga naluri keibuannya tersentuh dan menjerit "wahai anakku". Dan Ketika anaknya dalam pelukannya tiba-tiba anak itu berkata " wahai ibuku bergembiralah kerana tempat kita adalah syurga".

Dan selepas dilempar anak ketiga sampai masa dilemparkan masyitah. Masyitah pun berkata yang disangkakan oleh firaun bahawa masyitah akan mengaku dia sebagai tuhan, akan tetapi masyitah mengajukan satu permintaan agar dikuburkan tulang-tulang mereka dalam satu kuburan dan firaun melunaskan permintaan Masyitah.



p/s:

- Cerita ini disampaikan oleh Habib Hussein Assaqaff hafizohullah ketika menceritakan tentang kisah Saidina Musa As. Diharap jika ada kesalahan dan kekurangan dapat ditegur.
- Segala kekurangan adalah kerana kelemahan diri dalam memahami bahasa arab dan kurang menarik cerita kerana kurang pandai dalam mengolah. Harap dimaaafkan.
- Sikat dalam bahasa jepun dipanggil kushi. Dalam bahasa arab dipanggil  مَشَطََ

1 comment:

Faiz Faiza said...

salam tuan/cik empunya tanah,

=)

terima kasih pkongsian cerita ini. semenjak-dua menjak ni, sdg giat mcari cerita2 yg boleh disampaikn kpd 3 org gadis cilik (craving for good stories).

kalau2 ada kesempatan menulis/ menyalin (what ever) cerita2 lain, silakan. mahu diperpanjangkn kpd mereka. mudah2an watak2 tsebut blh mjadi 'idola' mereka.

tqvm