Wednesday, July 21, 2010

Begitulah Kehidupan


 Kredit:Here

Siang baru sekejap menghilang. Malam muncul bersama rembulan menyinari alam. Bintang tidak kelihatan mungkin berselindung disebalik awan. Manusia masih seperti semalam beraneka ragam meneruskan kehidupan. Puputan malam masih hangat walaupun sedikit berkurang.

"Pengakutan sudah ditempah?".

"Selesai". Sambil bibir mengutum senyum.

Susuk tubuh itu sekejap membongkok,berdiri,duduk kemudian berjalan dan kembali ke tempat asalnya. Berdekatannya susuk lain  itu sedang termenung mungkin memikirkan apa yang jauh dimata. Tidak lama selepas itu manusia mula berkumpul. Gelak ketawa , keluhan, cakap-cakap kosong dan usikan teradun menghasilkan ukhuwah.

Waktu terus bergerak. Manusia itu sudah mula berpecah tetapi arah tuju masih sama. Setiap mereka ada yang menanggung beban ada yang santai. Mereka Bergabung lagi. Berceloteh,derai tawa dan semakin lama menghilang.


"Kenapa kamu tidak bersama mereka?". Tanya Pa.

"Saja". Menyimpan batu ketakutan yang bertahta di suduh hati.

Sejuk mula mengigit tulang. Panas seolah-olah malu untuk terbang disini. Lautan manusia membanjiri. Berlainan kulit, jantina dan bahasa semua bersatu.  Semua menuju kedestinasi yang berbeza walaupun dalam kapal yang sama. Kami masih lagi disini. Bersabar menahan sengatan sejuk. Bersedia untuk menunggu berita gembira. Lampu tidak selamanya bercahaya. Tiba saat dan waktu kan malap jua. Gembira dan sedih saling berselisih. Bersentuh bahu berlaga pipi.

2000 geneh. 2000 geneh. 2000 geneh. Berkumandang kuat. Terjeda

"Kenapa?kenapa?kenapa". Entah siapa yang bertanya.Saling bertingkah suara.

"Bukan malam ini, waktu dan tarikh bersalahan dengan apa yang tercatat". Ujar seseorang menjawab segala pertanyaan.

"Tadikan sudah dipastikan?kenapa saling bercanggahan?". Ujar Dia melontarkan pertanyaan.


" Semua ini hanya permainan".

"Mungkin".

Masa terus berlalu. Semua sabar menunggu. Apakah kegembiraan akan muncul. Putaran jarum semakin cepat. Beralih dari nombor ke nombor. Akhirnya, terpaksa mengalah jua. Dalam perut bas, cuba untuk mencari hikmah disebalik apa yang berlaku. Akhirnya terpancul.

"Jawab periksa kemudian pulang".

Mungkin itu satu diantara hikmah yang tersurat. Yang tersirat harus digali,digali dan digali. Jika tidak menjumpai jangan pernah membenci kerana satu hari akan muncul jua.

Boikot, boikot dan boikot...

Selepas ini, Mungkin terpaksa melupakan 'dia' hingga terbukti servis pulih sediakala.

2 comments:

Ahmad Nordinie said...

Kesian..
xtaulah apa masalahnya..
buat orang sakit hati je...

btw,
bile nak balik?

Nothing Special said...

ermm..tula..

balik??sapa...ana balik lepas konvo insyaAllah.wa enta?