Monday, July 12, 2010

Pei Pan dan Imam Markisa





Kredit:Disini

kredit:Disini

Lewat 2002 aku mula belajar mengunyah novel. Hidangan pertama yang dikunyah ialah Pei Pan dan Imam Markisa. Hidangan yang dibeli oleh sahabatku ini berjaya memikat lidahku. Sajian yang dimasak oleh chef terkenal diadun dengan bahan-bahan segar dan disempurnakan oleh secukup rasa membuatkan aku mula mencari-cari hidangan seterusnya. Walaupun tidak membeli tapi aku sering menghidu aroma ini melalui teman-temanku yang mampu untuk membelinya.

Setelah berkelana di sahara ini, minat ini semakin mendalam. Kali ini bukan lagi meminati hidangan tetapi mula bercita-cita untuk menyediakan masakan untuk dihidang. Hari ini ia masih lagi sebuah impian dan berharap agar suatu masa ia akan menjadi satu realiti bukan lagi mimpi.

Menjelajahi dari satu kamar ke kamar melihat keindahan dan keunikan sentuhan mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ini memberi seribu satu rasa yang tidak dapat diterjemahkan oleh kata. Sesetengah mereka tidak lokek untuk memberi tips dan teknik secara terus dan ada juga menyampaikannya melalui karya mereka.

Dalam suka terselit jua duka melihat segelintir mereka yang berkarya tetapi seolah lupa bahawa mereka seperti guru yang menyelitkan ajaran. Jika betul maka khayalak yang membaca akan mendapat manfaat tetapi jika sebaliknya maka mereka akan menanggung akibatnya. Fikirkan dahulu sebelum melarikan pena untuk mencipta patah kata yang terserlah keindahan bahasa agar kita tidak menyesal dihari kemudian.

2 comments:

Duan said...

bidin..
ambek award.. haha

Nothing Special said...

time kasih..ambik doh..tapi dok wat macam sepatutnya.nanti bila mari idea aku wat mula..